Pages

Friday, May 23, 2014

Sekolah atau gelanggang gusti?



Sekolah hari ini bukan lagi tempat menimba ilmu tetapi menjadi medan menguji kekuatan terutamanya di kalangan pelajar. Kenapa? Masakan tidak, mereka ini lebih gembira jika dapat membuli,menumbuk,menyepak dan yang sewaktu dengannya murid lain atau guru sendiri. Berbeza dengan murid-murid dulu yang hormat kepada guru. Malahan perilaku seperti murid bersalah akan dihukum sudah menjadi mimpi ngeri bagi guru kerana mereka seolah-olah singa yang hilang taringnya. Hukum bermakna mereka bakal berdepan dengan ibu bapa si murid. Saman atau lebih malang lagi dibuang kerja. Murid hari ni sudah semakin berani kerana mereka "kebal" dan terpengaruh dengan elemen negatif di luar sana.Lihat saja gambar dibawa. 


Difahamkan,guru muda ini menerima bahana apabila menegur murid(gambar sebelah). Kesian encik cikgu. Mau salahkan siapa ni?  

Aku pernah upload video pelajar bergaduh dalam kawasan sekolah.Cuba teka apa yang aku dapat? Kena report polis beb atas alasan aku memalukan si pelajar. Bukan si pelajar sahaja, keluarga pun turut dimalukan.Kononnya lah. Lepas tu ada pula keyboard warrior yang mengatakan aku ni saja cari publisiti murahan walhal video tu aku upload di facebook tanpa maksudkan mana-mana sekolah malah aku sendiri nda kenal siapa pelakon dalam video tu. Pelikkan? 


No comments:

Post a Comment