Blog ni tiada ayat pengampu, kipas punggung atau yang sewaktu dengannya. So, kalau tekena tu sendiri mau faham la .

Thursday, May 16, 2013

Petrol oh Petrol.



Walaupun heboh sana-sini mengatakan harga petrol naik, alhamdulillah itu tidak berlaku di Labuan. Tapi aku hairan bin ajaib sikit.  Sebab apa? 

1. Buat pengetahuan aku bawa kereta saga lmst. Sebelum ni, kalau aku isi RM10 cukup bagi perjalanan dari tempat kerja ke matrikulasi dan ke rumah.Tapi sekarang dengan jumlah isian yang sama,jarak perjalanan yang sama,laluan yang sama dan juga laju yang sama sampai saja di rumah lampu minyak menyala dengan riang ria.

2. Kalau sebelum ni, aku isi RM10 minyak naik hingga 3 bar dan akan bertahan di tahap itu sekurang-kurangnya sehingga sampai ke rumah tapi sekarang tidak lagi. Sampai di matrik saja bar minyak sudah turun. 

Berdasarkan 2 situasi di atas, aku beranggapan bahawa harga minyak tidak naik tetapi sukatan di kurangkan. Entahlah, itu cuma anggapan aku saja. 

Nota : Perjalanan dari Wisma Wong Wo Lo -> Kolej Matrikulasi Labuan -> Sungai Miri. Lokasi lain? Entah juga. 

Friday, May 10, 2013

Parking berbayar di Utama Jaya?


Kenal tempat ni kan? Orang Labuan kalau nda kenal entah la apa aku mau cakap. Sebelum ni, Utama Jaya menjadi pilihan ramai pemandu kerana ruang meletak kereta di perolehi secara percuma tetapi sekarang tidak lagi. Rabu lepas, aku ke sana untuk beli sedikit barang. Alhamdulillah,dapat juga parking tanpa perlu tawaf 2-3 kali. 

Lepastu aku pun balik.Apa yang mengejutkan aku ialah, pondok parking di laluan keluar Utama Jaya sudah beroperasi. Sebagai makluman,setiap kali melintas kena bayar RM1. Bayangkan kalau 5 kali sebab parking tiada, mau RM5 terbang.Itu baru 5 kali. Kalau lebih? Pandai-pandai lah fikir ya.  

Nampak gayanya, tiada lagi parking percuma di Labuan ni. Yang ada pun sudah berubah menjadi parking berbayar. Apa-apapun, sabar saja la orang Labuan. Dulu setakat makan nasi ayam penyet untuk 2 orang nda lebih dari RM13 tapi sekarang? Faham-faham la ya. So lepas ni, bolehlah congak bajet.Tengok tu poket tebal ka nda. Lalalalalala.