Thursday, August 7, 2014

Lipas oh lipas.....nyah kau dari sini !!!!!


Apa itu lipas? Sejenis makanan? Bukan lah. Serangga kecil tapi boleh mendatangkan trauma kepada yang berkenaan. Hehehehehehe.  

Lipas,salah satu serangga yang menggelikan dan selalunya akan dipukul dengan penyapu,selipar dan yang sewaktu dengannya sehingga menemui ajal. Tetapi tahukah anda jika serangga ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana berpunca dari bahagian perut. Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang tetap akan hidup meskipun di luar tubuh lipas. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20cm. Nda percaya? Boleh bah kalau kau. Ambil sehelai kertas hitam atau cermin dan letakkan isi perut lipas. Nda lama tu cacing-cacing pun meronta-ronta cari tempat yang baru. Cacing-cacing ni  akan masuk ke badan kita melalui pori-pori(bukan pari-pari) atau bila ada luka.Bahayakan? Tu sebab aku jarang pukul lipas, paling-paling pun aku spray saja. Hahahahaha. 

Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda? 





1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil,kemudian letak di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan dan lihat hasilnya. 

2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang dipercayai menjadi markas lipas dan lipas akan bertempiaran menyelamatkan diri. Lepas beberapa hari tu lemon jadi keringkan? Tukar saja yang baru.

3. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letak di markas lipas. Nda lama lipas-lipas tu menemui ajal. 

4. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letak di markas lipas. 

5. Kalau lipas datang secara berkumpulan macam geng bas sekolah, sediakan ubi kentang yang di rebus dan di lecek bersama serbuk penaik. Buat bulat-bulat macam bergedil dan letak di markas lipas. 

6.  Tau daun padan kan? Ambil tu daun pandan dan hiris-hiris,letak dalam uncang lebih baik. Lepas tu letak la di mana yang rasa mau, dalam laci ka,di markas lipas ka.


No comments:

Post a Comment