Pages

Thursday, July 31, 2014

Syukur......


Syukur alhamdulillah. Last stock sudah terjual, bermakna sudah tiada lagi stok lama. Lepas ni bolehlah masuk stok baru pla tapi harga belum tau lagi. Buat masa ni aku kumpul dana dulu dengan cara? Entah. Aku buat apa saja yang menghasilkan duit. Buat masa ni aku cuma fokuskan perhatian aku untuk tolong orang tua di kampung,bantu adik beradik dan kebajikan anak.  Masa aku untuk happy-happy sudah berakhir. Sekarang masa untuk kumpul duit.

Hari ni, hari terakhir dalam bulan Julai dan malam ni malam terakhir aku bawa teksi malam. Bulan ni saja, bulan depan start lagi. Tiap-tiap malam memang ini aktiviti aku. Dalam keadaan kesihatan yang menyedihkan tapi apa ada hal.Dunia hari ini dunia wang. Itu ini kena ada wang. Hatta masuk tandas pun kena bayar kecuali tandas rumah sendiri,tandas rumah jiran, tandas di pejabat dan yang sewaktu dengannya.  Start bulan 8 ni makin ligat la jawabnya aku mencari duit.  Pernah ada orang hina aku dengan kata-kata yang aku ni terlalu bergantung dengan keluarga, tanpa dorang aku nda dapat berdiri sendiri. Kepada orang itu, terima kasih aku ucapkan.  Biar pun aku nda dapat buat kerja-kerja berat (sebab aku ni consider OKU),aku akan buktikan aku masih boleh berjaya.  Cuma seperkara saja yang aku minta, masa tu tolong jangan mengaku aku keluarga ka apa. Kejam nda aku ni? Hehehehehe. 

Ok la, aku membebel lain kali lagi. Lalalalalala.


No comments:

Post a Comment