Pages

Thursday, May 15, 2014

Cara jaga bateri kereta.


Korang ada bateri kereta? Pernah tengok bateri kereta? Kenal bateri kering atau bateri basah? Dan yang paling penting pernah fikirkan soal penjagaan bateri kereta? 

Mula-mula,mari kita berkenalan dengan bateri kereta ni. Ada 2 jenis di pasaran,bateri kering dan bateri basah. 

Bateri kering a.k.a free maintenance.
Bateri basah.

 Apa beza dua jenis bateri ni? Mari kita tengok di bawah. 

Harga : 
Bateri basah : Murah.
Bateri kering : Mahal.
Penjagaan :
Bateri basah : Agak kompleks sebab kena lalui proses pemeriksaan aras air bateri,penambahan air bateri. Sudah kurang kena la tambah kan. Hehehehehe. 
Bateri kering : Senang cerita macam pampers la. Pakai dan bila sampai zaman penghujungnya,buang saja dan gantikan dengan yang baru. Pengguna tidak perlu risau soal penambahan air bateri. 
Risiko :
Bateri basah : Rasanya macam tiada cuma agak leceh bagi mereka yang "terlalu" rajin.
Bateri kering : Kemungkinan bateri menjadi lemah di perjalanan itu ada. Buatnya bateri weak time tiada orang lain atau di tengah jalan(mana ada woksyop pun) mau meraung nanti. Hehehehe. 

Oleh kerana bateri sel kering @ free maintenance agak kurang dari segi penjagaan maka aku taipkan beberapa tips untuk memastikan bateri sel basah kereta anda sentiasa mantap. 

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.


2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan. Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.



3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.


4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.

Ibarat seorang penyanyi,siapalah mereka tanpa peminat. Begitu juga kereta anda. Siapalah kereta anda tanpa bateri. Cantik mana pun kereta tu kalau tiada bateri macam mana mau bergerak? Tarik macam kereta lembu? Hehehehe. 

No comments:

Post a Comment