Pages

Thursday, May 15, 2014

Bijak memandu 1 : Wisma Wong Wo Lo ke Jabatan Kebajikan Masyarakat

Klik untuk tumbesaran gilang-gemilang.

Hari ini aku mau berkongsi 1 info yang mungkin ramai warga Labuan sudah tau tapi tidak mustahil masih ada yang sebaliknya. Kenapa aku buat entri ni? Ada makcik tadi yang tidak mengetahui cara hendak ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jangan risau makcik, saya akan membantu anda (rasa macam adiwira pla.Hahahahahaha). 

Ok, perhatikan gambar di atas. Sekiranya anda berada di laluan dari atas menuju ke pusat bandar, anda hanya perlu membuat pusingan U di lampu isyarat Kampung Muslim tanpa perlu meneruskan perjalanan ke lapangan terbang atau membuat pusingan di Bataras. Kenapa? 

1. Jauh,sekaligus membuang masa dan membazir minyak kereta / motor anda. 
2. Membuat pusingan u di hadapan Bataras bukan sahaja merbahaya malah menyalahi undang-undang.

Anda tentukan. Lalalalalala. 

Jika anda dari pusat bandar dan bercadang hendak ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda hanya perlu terus berada di sebelah kiri kerana simpang ke JKM berada di sebelah kiri. 

Akhir kata, pilihan di tangan anda. Jadilah pemandu yang bijak di jalanraya.


No comments:

Post a Comment