Tuesday, May 20, 2014

Bijak memandu 3 : Install Papago di handphone android anda.

Best kan guna papago? 

Tadi aku try install papago(bukan papagomo tau) di handphone aku,alhamdulillah menjadi.  Mula-mula aku nda faham juga. Cuma kelemahan version ni kena ada wifi atau data pula. Bagi mereka yang nda tau tu, jangan risau.Aku tolong ajarkan macam mana mau install. Siapa-siapa yang ada handphone android dan kaki drive tu boleh la cuba. 



Ikut cara ni step by step ya. 
1. Mula-mula download file ni di komputer atau laptop anda. 

Sini dan sini juga. Pastikan ada kedua-dua fail ni.

2. Extractkan kedua-dua file yang didownload tadi gunakan winrar atau 7zip.

3. Copy semua file dan letakkan dalam 1 folder,contohnya aku letak nama papago pada desktop.

4. Plug-in handphone anda menggunakan usb cable pada komputer / laptop anda. 

5. Transferkan folder papago ke 
    - internal storage untuk android versi Gingerbread 2.1/2.2/2.3
    - external SDCard untuk android versi ICS 4.0.3 dan ke atas.

6. Pada handphone anda buka folder contoh nama papago dan cari installer PAPAGO!SGMY_Navitotal[H-S].apk

Kalau aku boleh, kamu pun boleh bha.





No comments:

Post a Comment